Utama  |   English  |   Peta Laman  |   Hubungi kami  |  
 
Capaian:
  Negeri Terengganu
 
 
 
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS SENI KRAF WARISAN YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN 20 Apr 2009





PROGRAM SENI KRAF WARISAN YDSM

Program ini dianjurkan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan agensi-agensi kerajaan serta para pengusaha produk seni kraf warisan yang terpilih. Program latihan kemahiran ini bertujuan untuk membantu mengekalkan kesinambungan dan memperkasakan produk seni kraf warisan di kalangan generasi muda sebagai pelapis pengusaha produk seni kraf warisan di masa hadapan.

Seramai 20 orang pelatih telah mengikuti kursus ini selama 1 tahun 6 bulan bermula pada bulan September 2007 hingga Februari 2009. Terdapat 4 jenis kursus kemahiran di bawah Program Seni Kraf Warisan dan 6 orang pelatih di dalam Kursus Jahitan Lanjutan.

i- Kursus Pembuatan Batik Terap

Kursus ini dilaksanakan di Noor Arfa Batek Sdn Bhd, Chendering yang bertindak selaku mentor kepada para pelatih dalam bidang penghasilan produk batek terap yang semakin sukar diperolehi di pasaran.

ii- Kursus Pembuatan Produk Tembaga

Kursus ini dilaksanakan di Tembaga De’ Craft selaku mentor program yang bertempat di Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Marang dalam bidang pembuatan produk tembaga.

iii- Kursus Pembuatan Keris dan Senjata Tradisional

Kursus ini telah dilaksanakan di bengkel pertukangan Pak Ali Pandai Besi selaku mentor kursus ini yang bertempat di Felda Neram 1, Kemaman dalam bidang pembuatan keris dan senjata tradisional

iv- Kursus Seni Ukiran kayu

Kursus ini dilaksanakan di Balai Seni Wanpo, Besut yang bertindak selaku mentor program ini dalam penghasilan produk seni ukiran kayu.

v- Kursus Jahitan Lanjutan

Pelatih yang mengikuti kursus jangka pendek selama 6 bulan di Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. telah didedahkan kemahiran yang lebih khusus serta mampu meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang jahitan dan fesyen.

Pelatih program ini juga telah didedahkan kepada ilmu keusahawanan sebagai nilai tambah kepada pelatih dengan menyertai Kursus Asas Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia.

Senarai nama pelatih yang akan menerima Sijil Tamat Kursus Program Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan :

KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAWAWI
MOHAMAD RASHID BIN ABDUL KARIM
MOHD SAFUAN BIN RASALI
MOHD IZWAN ISMAIL
MOHD HAFIZ ZAKARIA
AHMAD FAIZ IBRAHIM
AZLAN BIN ABDULLAH
MOHAMAD FAIZAL BIN ARIFFIN
MOHD SANUSI BIN RUZULAN
MOHD SABRI BIN LAWI @ ALI
NORFAIZANI BT SAARI
NUR HAFIZAH BT HAMZAH
SYED AHMAD HAFIZ B SYED MOHAMED
NORSABILA BT AB.RAHMAN
WAN ABDUL HADI BIN WAN AZMI
NOR JAMILAH BT ABD RAHMAN
TENGKU NURUL AINI AZMA BT TENGKU MAT
AZIMAH BT ABDUL AZIZ
MESNA NURUL ASMA BT ABDULLAH
SHARIFAH ZAITUN BINTI SYED HUSIN
NUR SHAFIYAH BINTI MD. ZAKI
NORAZINI BINTI SALLEH
ROSMAWATI BINTI MOHD
NOR FAIZAH BINTI ISMAIL
FARIDAH BINTI MAMAT
NURUAINI BINTI RANI




 
 
Hak Cipta Terpelihara YDSM@2007