|
|
| |
| |
|
| |
| Keberangkatan Tuanku ke Demonstrasi Pengambilan Madu Lebah | 13 Ogs 2009 | 
Majlis telah berjalan dengan begitu lancar serta mendapat sambutan yang hangat daripada para ahli KOPEMAT yang begitu teruja di atas Keberangkatan serta Keprihatinan Tuanku di atas usaha para pemungut madu lebah di sekitar kawasan Gong Beris khususnya serta di seluruh Negeri Terengganu amnya.
Setelah majlis ini dilaksanakan dengan jayanya, berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati bahawa hasil kutipan madu lebah pada musim ini adalah amat menggalakkan berbanding musim lalu. Tinjauan pendapat juga telah dilakukan terhadap pengguna dan penggemar madu lebah ini di mana kehadiran madu lebah tiruan di pasaran sedikit sebanyak telah menjejaskan kepercayaan mereka terhadap madu lebah yang ada di pasaran pada masa kini. Ini merupakan ancaman yang serius terhadap usaha Negeri Terengganu untuk menjadi pengeluar madu lebah yang terbesar bagi pasaran domestik.
|
|
| |
|
|