|
|
| |
| |
|
| |
| TERENGGANU HAB MADU LEBAH NEGARA | 19 Ogs 2009 | 
Terengganu berpotensi munculsebagai hab pengeluar madu lebah terbaik negara ini apabila kegiatan mengumpul madu lebah paling berkualiti yang dikesan dari hutan Sinpam Merchang, Marang dikawal selai oleh pertubuhan khas.
Sebelum ini lebih 120 pemungut madu lebah tualang menjalankan kegiatan tradisional di hutan berkenaan secara bebas dan tanpa kawalan. Bagaimanapun, sejak Mei lalu, mereka dikawal selia dan dipantau menerusi KOPEMAT yang dipengerusikan oleh Tuan HAji Ibrahim Bin Ismail.
KOPEMAT menjalankan aktiviti dan menyelaras kegiatan pemunggut madu lebah yang didaftarkan sebagai ahlinya melalui pembiayaan dan kerjasama dengan dengan Yayasan DiRaja Sultan (YDSM). YDSM berperanan penting menyumbang kearah usaha penibgkatan taraf sosio ekonomi masyarakat tempatan.
Ali Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato Prof. Dr. Makhzir bin Mardan, berkata madu lebah tualang yang bermutu tinggi terhasil daripada pokok Akasia dan Gelam yang terdapat di Hutan Sinpam Merchang serta Hutan Gelam Setiu. Katanya, kegiatan tradisional pemunggut madu dari kampung Gong Beris dan sekitar Marang di Hutan Gelam yang menjadi habitat terbaik hidupan itu lebih terkawal dan terbela menerusi KOPEMAT dan YDSM. YDSM bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan pemunggut hasil madu lebah berkenaan yang sentiasa berdepan yang sentiasa berdepan dengan risiko. Malah, apabila mereka dikawal, mereka mampu memperolehi hasil lebih banyak dan baik.
Jika sebelum ini, apabila menemui sarang lebah, mereka terus ambil, tetapi kita akan kawal antara seminggu hingga dua minggu supaya dapat menghasilkan madu lebih banyak sebelum ia dikutip, katanya selepas lawatan dan demonstrasi memungut madu lebah di Pusat Pengambilan Madu Lebah Tualang , di Hutan Hutan Sinpam Merchang, Marang baru-baru ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu. Baginda selaku Pengerusi YDSM diberi penerangan mengenai projek madu lebah berkenan oleh Dato\\\' Prof Dr. Makhzir sebelum berangkat bersama tetamu kenamaan bagi menyaksikan demonstrasi pengambilan madu lebah itu.
Turut hadir, Tengku sri Temenggung Raja, Menteri Besar, Dato Ahmad Said, dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat. Menurut Dato Prof. Dr. Makhzir, selain memudahkan pemunggut berkumpul dibawah satu badan khas, KOPEMAT dan YDSM juga akan mengenalpasti potensi untuk menambah nilai dan meningkatkan teknologi bagi menghasilkan lebah madu yang berkualiti serta dapat menguasai pasaran. |
|
| |
|
|