|
|
| |
| |
|
| |
| Majlis Bantuan Kepada Fakir Miskin YDSM | 08 Okt 2009 | 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengampuni perkenan berangkat ke majlis tersebut dan seterusnya berkenan menyampaikan pengurniaan bantuan kepada penerima-penerima. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah juga turut berangkat ke majlis yang sama.
Tujuan
Majlis pengurniaan bantuan ini adalah sebagai langkah menyempurnakan salah satu tangungjawab sosial YDSM untuk membantu rakyat miskin dan yang kurang berkemampuan di Negeri Terengganu sempena ketibaan Hari Raya Aidil Fitri.
Penerima
Pada tahun ini penerima-penerima terdiri daripada dua (2) golongan iaitu fakir miskin dan murid sekolah. Berbeza dari tahun-tahun yang lalu, golongan fakir miskin adalah meliputi kesemua 7 daerah seluruh Negeri Terengganu membabitkan seramai 70 puluh orang – lelaki 37 orang dan perempuan 33 orang. Ketujuh daerah tersebut adalah Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kemaman, Daerah Besut, Daerah Dungun, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Marang dan Daerah Setiu.
Sementara murid-murid sekolah pula adalah seramai 210 murid miskin daripada 7 buah sekolah iaitu:-
i. Sek.Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin
ii. Sek. Men. Agama Khairiah
iii. Sek. Agama Rakyat FELCRA Betong
iv. Sek. Keb. Pulau Manis
v. Sek. Keb. Pusat Chabang Tiga
vi. Sek. Keb. Tengku Bariah
vii. Sek. Keb. Atas Tol
Kos Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Bagi tujuan program ini Yayasan DiRaja Sultan Mizan membelanjakan sebanyak RM 60,000yang meliputi bantuan kewangan sebanyak RM200 tunai seorang bagi golongan fakir miskin disamping bantuan pakaian dan lain-lain. Bagi murid-murid sekolah pula setiap penerimanya pula diberi bantuan wang tunai sebanyak RM100 seorang.
|
|
| |
|
|